Sokong Zeti Bongkar 1MDB

CELAH GELEGAR
Sokong Zeti Bongkar 1MDB

KUALA LUMPUR, 13hb Oktober 2015 : Krisis 1MDB semakin terus mendapat perhatian umum masyarakat .

Ketirisan dan kegagalan tadbir urus kewangan negara dipertikaikan kredibilitinya sehingga kini .

Ketua Penerangan DUPP , Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri mengalu-alukan keberanian dan ketegasan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk membongkar kebenaran di sebalik isu 1MDB.

Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus , ketegasan ini penting untuk memulihkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa yang telah terjejas teruk akibat skandal yang turut dikaitkan Perdana Menteri sendiri.

Terbaru semalam , 6 tokoh Umno dan BN mendesak pertuduhan ke atas DS Khairuddin Abu Hassan bersama peguamnya Matthias Chang digugurkan.

Antara pimpinan Umno yang turut serta dalam kenyataan desakan tersebut ialahTan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato Seri Shafie Apdal yang masih menyandang jawatan sebagai Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Mengulas tindakan itu , Dr Khairuddin At Takiri menyokong tindakan tersebut seakan satu perlakuan penyalahgunaan terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan SOSMA 2012 .

JIJIK DENGAR DIA SEBUT PASAL 'JUJUR DAN DISIPLIN'!!!

SEMUT HITAM
JIJIK DENGAR DIA SEBUT PASAL 'JUJUR DAN DISIPLIN'!!!
Heh! Memang silap orang la kalau dia yang nak bercakap pasal soal 'Kejujuran' dan 'Disiplin' dalam amalan Politik sedangkan dia sendiri pun tak buat benda yang dia sendiri luahkan.

Maka sebab itulah kenyataan yang Si Khalid Samad tu keluarkan sebelum ini telah ditempelak dan dibidas oleh pemimpin - pemimpin PAS yang telah dikhianatinya sebelum ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat disebut oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu tidak mencerminkan kapasitinya dalam Pakatan Harapan.
"Untuk dia letak syarat begitu 'jujur dan berdisiplin', dia perlu jadi 'seseoranglah' yang (berpangkat) dalam Pakatan Harapan."Bagi kita Pakatan Harapan, PAS tidak ada apa-apa hubungan. Kami tidak ada apa-apa hutang. Kami tidak ada apa-apa perkara dengan Pakatan Harapan walaupun PKR bersama Pakatan Harapan tetapi hubungan PAS hanya dengan PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi di sini tadi.
Khalid yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah menyambut baik hasrat PKR yang masih berharap penyertaan PAS ke gagasan pembangkang yang baru itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Si Khalid Samad selepas PKR mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan untuk terus berharap dapat 'memancing' PAS ke dalam Pakatan Haprak tu.

Susulan daripada kenyataan itu, Takiyuddin membayangkan Si Khalid itu mungkin terlalu ghairah dalam memberi kenyataan dan dilihat mendahului Wan Azizah Wan Ismail dalam banyak hal. 
"Tak apalah. Mungkin dia isytihar diri dia sebagai Presiden Pakatan Harapan, anda tanya dia la. Saya tidak tahu apa jawatan dia dalam Pakatan Harapan ini, boleh jadi presiden ke?" katanya.
Kesimpulannya, Si Khalid Samad tu sebenarnya Tak Layak nak ajar orang lain sedangkan dia sendiri pun tak pernah Jujur dan Berdisiplin sewaktu menjadi pemimpin PAS sebelum ini. Setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

KKM sahkan `paracetamol syrup' ada alkohol

CELAH GELEGAR
KKM sahkan `paracetamol syrup' ada alkohol

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk paracetamol syrup 120 miligram/5 mililiter mengandungi alkohol, seperti yang tersebar dalam media sosial, baru-baru ini. 

Berdasarkan spesifikasi kementerian, produk yang dikeluarkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd itu tidak seharusnya mengandungi alkohol, bagaimanapun kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan. 

Justeru, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk berkenaan kerana produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. 

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian sudah mengarahkan syarikat pembekal ubat itu supaya menarik produk berkenaan kerana tidak mematuhi syarat pelabelan. 

"Syarikat berkenaan tidak menyatakan kandungan alkohol label dan sisip bungkusan sekali gus melanggar syarat pendaftaran," katanya menerusi kenyataan kepada BH Online, di sini, hari ini.

DIN BOTOX TERIMA HIDAYAH MAAL HIJRAH!!!

SEMUT HITAM
DIN BOTOX TERIMA HIDAYAH MAAL HIJRAH!!!
Alhamdulillah! Mungkin Si Din Botox ni dapat hidayah sempena tahun baru Maal Hijrah ni membuatkan dia menggugurkan tuntutan Harbeas Corpus bagi mencabar penahanan dia sebelum ini.

Tindakan tersebut dilakukan oleh peguam Si Din Botox ni selepas satu sidang media diadakan oleh barisan kepimpinan UMNO yang membantah penahanan tersebut dilakukan semalam.

Sebelum ini, Si Din Botox tu buat memfailkan tuntutan tersebut terhadap Ketua dan Timbalan Ketua Polis Dang Wangi yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam penahanannya.

Si Din Botox tu juga mendakwa penahanannya merupakan penyalahgunaan proses undang-undang SOSMA 2012 secara salah sedangkan tindak-tanduknya tidak langsung berunsur aktiviti pengganas.

Namun pihak mahkamah semalam telah membuat keputusan untuk menerima pembatalan tuntutan tersebut kerana permohonan itu menjadi akademik apabila dia didakwa di Mahkamah Majistret.

Peguam Mohamad Hanif yang mewakili Si Din Botox tu juga turut memaklumkan bahawa anak guamnya itu telah didakwa mengikut Seksyen 124L dibawah Kanun Keseksaan (Akta 547).
"Akibatnya, permohonan habeas corpus menjadi akademik. Oleh itu, saya mohon permohonan ini ditarik balik," katanya.
Mengulas mengenai perkara yang sama, Peguan Negara menjelaskan bahawa penahanan tersebut tu bukannya dibuat atas alasan mendakwa dia sebagai Pengganas seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Dalam erti kata mudahnya, penahanan dibawah Akta SOSMA 2012 ni bukannya khusus untuk menangani pengganas sahaja. Tapi didalam akta tu ada takrif lain yang perlu difahami.
"Takrif 'kesalahan keselamatan' menjelaskan bahawa Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.


"Apabila Sosma digubal, 'kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan)," katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini, Selasa.
Lebih kurang sama macam Akta ISA dulu jugak la. ISA tu dulu pada asalnya dibuat untuk menangani Komunis. Tapi kemudian ada pulak pihak yang tertentu tu menggunakan akta tersebut untuk menahan orang yang menentang dia!!!

[DENGAN KAFIR DAP KERJASAMA, SESAMA ISLAM "Haram"?]Pas Selangor TOLAK Kerjasama dengan PERKASA

CELAH GELEGAR
[DENGAN KAFIR DAP KERJASAMA, SESAMA ISLAM "Haram"?]Pas Selangor TOLAK Kerjasama dengan PERKASA

KUALA LUMPUR:PAS Selangor telah menerima penjelasan daripada PAS Pusat bahawa PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar A Samad berkata mereka telah membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, SOSMA dan TPPA.

Tambahnya, tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

"Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa.

"Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman," katanya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digemblengkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa Barisan Nasional. - HARAKAHDAILY 13/10/2015<

Inilah 6 Pemain Ternama Dunia Yang Dikaitkan Akan Berpindah Ke Pasukan Liga Malaysia

Kaki Berita Online
Inilah 6 Pemain Ternama Dunia Yang Dikaitkan Akan Berpindah Ke Pasukan Liga Malaysia



David Hoilett (QPR) -> PDRM 
Samba Diakete (QPR) -> PDRM 
Kevin Gunter -> Rahsia
Curren Ferns -> Rahsia
Ronaldinho -> Pahang

Drogba -> Perak

GEMPAR Ini Punca Utama Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3 Secara Beramai-Ramai !!!

Kaki Berita Online
GEMPAR Ini Punca Utama Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3 Secara Beramai-Ramai !!!

GEMPAR Ini Punca Utama Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3 Secara Beramai-Ramai !!!


Pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST). 


Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.... 

Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini..... 

Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka. 

Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.

Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

Sumber Asal

PERANGAI MACAM BUDAK TADIKA BUAT MAK LAMPIR MEROYAN!!!

SEMUT HITAM
PERANGAI MACAM BUDAK TADIKA BUAT MAK LAMPIR MEROYAN!!!
Hehehe!!! Memang kelakar betul bila tengok Si Mak Lampir Zuraidah ni meroyan tak tentu arah sampai tahap macam orang dah hilang akal. Nampak sangat yang dia ni memang tak pandai layan budak - budak.

Sama ada Si Mak Lampir Zuraidah ni ada anak sendiri atau pun tidak, itu kita tak pasti la pulak. Tapi dari kenyataan yang dibuat, memang jelas Si Mak Lampir ni tak suka budak - budak buat perangai.

Lebih kurang macam Cikgu Sekolah Tadika yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak - anak murid yang mempunyai pelbagai kerenah. Tapi, Si Mak Lampir ni jenis tak bertanggungjawab.

Maka sebab itulah Si Mak Lampir tu meroyan bila pemimpin - pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu menonjolkan perangai yang mampu mengalahkan budak sekolah tadika tu sendiri.

Persoalannya, siapa yang Si Mak Lampir tu dakwa berperangai macam budak - budak? Adakah dia maksudkan PAS yang enggan sertai Pakatan? Atau DAPigs yang tak nak terima PAS sebagai anggota?

Adakah Si Mak Lampir tu nak tujukan sindiran tersebut kepada Pengkhianat Kecewa yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu? Atau, parti dia sendiri yang tetap BEBAL nak merayu PAS sertai Pakatan?

Yang herannya, kenapa pulak Si Mak Lampir tu nak meroyan sedangkan yang berperangai tak senonoh tu adalah dari kalangan dia sendiri? Adakah dia jauh berbeza dari mereka yang lain?

Takkan la sampai hari ni, Si Mak Lampir tu masih lagi tak sedar dengan taraf mentaliti puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang mampu untuk mengalahkan budak sekolah tadika?

Hakikatnya, diorang pun macam budak kecik juga yang dok sibuk beramuk nak berebut gula - gula demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Benda tu bukannya baru.

Kesimpulannya, tak perlu la Si Mak Lampir tu sibuk nak mendakwa orang lain berperangai macam budak - budak. Suruh dia balik, cermin diri dia sendiri dulu sebelum dia ada hajat nak memburukkan orang lain. Sebab perangai dia pun lagi teruk dari puak - puak Pakatan Haprak tu!!!

[NAK KATA KERJASAMA PON TAKUT] SU Politik Presiden Pas: "PAS Terima Kunjungan PERKASA Bukan Kerjasama"

CELAH GELEGAR
[NAK KATA KERJASAMA PON TAKUT] SU Politik Presiden Pas: "PAS Terima Kunjungan PERKASA Bukan Kerjasama"

Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysiainsider menyatakan PAS dengan rasminya bekerjasama dgn PERKASA. Itu salah dan tidak betul sama sekali.

PAS hanya menerima kunjungan hormat dari PERKASA di Pejabat Agung PAS dan hasil pertemuan PAS dan PERKASA bersetuju mengenai 3 perkara berikut :

1) Isu 1MDB
2) Bantah SOSMA
3) Bantah TPPA

Tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama rasmi. Sekian Terima kasih.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS


[ARTIKEL BERKAITAN:  Demi kepentingan Melayu-Islam, Perkasa dan PAS jalin kerjasama]


Berikut adalah laporan sebelum ini yang tidak menyebut kerjasama rasmi:
 
PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini memeterai kerjasama secara terbuka membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara parti Islam itu dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, PAS dan Perkasa menggesa pihak berkuasa membebaskan bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma 2012, serta meminta Putrajaya benar-benar telus dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). 

"Kami memandang berat penggunaan Sosma yang disifatkan penyalahgunaan kuasa dan boleh memberi kesan kepada kestabilan negara dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," kata Hadi pada sidang media bersama Perkasa di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

"Isu TPPA adalah isu kepentingan rakyat dan negara, dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku setelus-telusnya," kata Hadi.

[INGAT ALLAH] PM, Najib Ajak Rakyat jadikan Malaysia berpegang kepada wasatiyyah, Maqasid Syariah & Ahli Sunnah wal Jamaah

CELAH GELEGAR
[INGAT ALLAH] PM, Najib Ajak Rakyat jadikan Malaysia berpegang kepada wasatiyyah, Maqasid Syariah & Ahli Sunnah wal Jamaah
KUALA LUMPUR, Selasa –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat negara ini bersama-sama dalam melaksanakan transformasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah, bersendikan Maqasid Syariah dan Ahli Sunnah wal Jamaah.
 Beliau berkata walaupun negara berdepan cabaran ekonomi dan politik, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang makmur akan tetap diteruskan.

“Hari ini kita berhadapan dengan corak ekstremisme yang pelbagai bentuk wajahnya. Di satu pihak, ekstremis radikal seperti kumpulan IS membuat onar mencalar kesucian wajah Islam yang sebenar.

“Pada satu hujung yang lain, muncul pula kelompok pelampau yang menjadikan liberalisme sebagai akar-budi mereka. Pelampau liberalisme ini telah melonggarkan segalanya hatta agama.

“Ini juga satu ekstrem yang membawa ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan negara,” kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah 1437/2015 beliau di laman blog NajibRazak.com.

Justeru beliau berharap semangat hijrah menjadi sumber kesungguhan dan iltizam kepada rakyat Malaysia untuk menjadi umat terbaik, sekaligus mampu meluaskan agama Islam ke seluruh dunia.

Najib turut menekankan bahawa sejarah menjadi sumber penting kepada negara dalam membentuk wawasan untuk menjadi sebuah negara Islam moden dan berpendapatan tinggi.

“Wawasan nasional kita adalah untuk menjadi sebuah Negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi. Manakala wawasan global kita pula ialah untuk menjadikan dunia yang mengandungi panca negara, bangsa, bahasa dan agama ini sebagai medan kehidupan yang sejahtera dan makmur,” katanya.

Jelas Najib, perkara yang sama turut ditekankan beliau semasa berucap dalam perbahasan umum Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-70 di New York baru-baru ini.

“Saya menegaskan sesebuah Negara Islam itu berperanan untuk mempromosikan perlumbaan dari segi kemuliaan, pengetahuan, kebaikan, simpati dan merendah diri, tetapi yang penting, tanpa paksaan,” katanya. — Bernama

Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan

.
Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan
BERITA PETANG

Ibrahim bersalam dengan presiden parti agama.
Dua peristiwa politik yang berlaku semalam dan hari ini di negara kita, ia mungkin memeranjatkan bagi mereka yang tidak berapa faham dan fasih dunia politik dan berfikir sejalur dalam siasah.

Dua peristiwa itu ialah sidang akhbar yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad yang turut sama dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden Umno Shafei Afdal serta dituruti sama oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid.

Peristiwa itu berlaku semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana Puteraja.

Manakala peristiwa hari ini ialah kunjungan Presiden Perkasa Inchek Ibrahim ke pejabat agung parti agama di Jalan Raja Laut kemjudian mengadakan sidang akhbar bersama dengan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung dan pengarah pilihan rayanya.

Ibrahim kalau ikut falak politik hari ini dia patut berada dalam sidang akhbar Dr Mahathir untuk menzahirkan penentangan kepada penahanan dua rakyat negara ini dibawah SOSMA (Khairuddin dan Mathis Chang) yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa oleh sidang media Mahathir itu.

Sebagai sebuah pertubuhan redikal Melayu, Ngo itu patut menuntut pembebasan tahanan itu apa lagi ia dibuat kerana kedua tahanan itu membangkitkan soal skandal 1MDB. Tetapi itu tidak berlaku seperti sepatutnya.

Tetapi Ibrahim memilih mengadakan "kujutan" lain dengan bertandang ke pejabat parti agama, Pas. Seumur hayat Ibrahim itulah kali pertama dia bertandang ke pejabat parti itu. Semasa dia bertanding atas tikit Pas tahun 2008 Ibrahim tidak pun pijak pejabat agung Pas.

Seperti saya kata tadi, mereka yang tidak faham politik, akan rasa terkejut dengan kunjungan Ibrahim itu. Dalam masa sama ia dianggap sesuatu tuah kepada Pas. Tuah memang ia, tetapi kalau mengejutkan ia sesuatu yang tidak perlu sampai begitu. Bagi Pas kehadiran Ibrahim itu sedikit sebanyak dapat membalut luka apabila ramai bekas pemimpinnya meninggal parti berkenaan tetapi kalau hendak disifatkan laba besar tidak seberapa.

Kekosongan yang berlaku dalam Pas diharap dapat ditampung oleh Ibrahim dan Ngonya kalau pun tidak dapat memenuhinya. Menjadi persoalan juga yang hadir ke pejabat parti agama itu, hanya Ibrahim bersama beberapa kerat pimpinan sahahja di mana ia tidak dihadiri pimpinan kanan Ngo itu yang lain. Apakah idea itu hanya bersifat peribadi Ibrahim sendiri?

Atau pun kunjungan untuk menjalani pendekatan dengan Pas itu tidak dicapai secara sebulat suara dalam Ngo berkenaan. Pernah terjadi sebelum ini ramai pemimpin Ngo itu diperingkat negeri meletak jawatan dan meninggalkan Ngo itu apabila ia diura-urakan untuk diubah menjadi parti politik. Banyak perkara dalam Ngo itu dibuat secara ad hoc.

Bagi saya kunjungan Ibrahim itu tidak mengejutkan. Tidak ada apa yang pelik dan ganjil dalam politik yang saya sifatkan politik Malaysia sudah sampai kepada politik "tahi anjing" waktu ini. Jauh sekali ia satu berita istimewa untuk dijaja. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku. Salah satu ialah macam mana Ibrahim yang menentang Pas kemudian menjadi calon Pas, (bertanding atas tikit) kemudian menentang Pas kemudian ditantang pula oleh Pas.

Suatu masa Ibahim menghina dan mengutuk sehabisnya Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian memeluk dan mendakapnya seperti apa yang dilakukan kepada presiden parti agama hari ini. Aksi, susana dan gambaran sama dipamerkan sekali lagi. Ia seolah Ibrahim menayang balik kepura-puraanya selama ini.

Bagi Ibrahim dan mereka yang tidak tahu meletakkan moral dalam politik, apa yang berlaku hari ini adalah pencapaian baginya. Apabila menerima Ibrahim - untuk menjalani kerjasama mendokong isu-isu sefahaman, presiden Ngo itu dapat merasakan nyawa politiknya hidup semula. Ibrahim kini merasakan dia sudah ada sebatang lilin untuk menyuluhnya ke parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Orang yang bijak dan tahu membaca peta politik akan tahu ke mana arah dan tujuan Ibrahim itu. Kunjungan itu sangat bermakna baginya dan sudah pasti mulai malam ini Ibrahim akan mula mengarai mimpin indah di hari muka. Apa yang Ibrahim hajat ialah kerusi parlimen Pasir Mas.

Bagi saya, saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku hari ini. Ibrahim seorang yang licik dan daya diplomasi tidak bermoralnya sangat tinggi dan menakjubkan. Dia boleh dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perbuatan dan kerja-kerja yang tidak tergamak dilakukan oleh orang lain. Dia juga pernah berkata kalau dia menyertai Umno semula dia akan cium punggung Mahathir.

Sebelum dia berkunjung ke pejabat Pas, saya sudah memerhati dia sangat rapat dengan Mustapa Ali dan mereka sering berhubung.  Saya sangat percaya mereka berdua ada misi tersendiri demi kepentingan kedua-duanya.

Saya ternampak sendiri dalam satu majlis tahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah mereka duduk semeja dan menyerlahkan keintiman. Ketika itu firasat saya sudah membaca apa yang akan berlaku seterusnya. Dan yang berlaku hari ini memberi kebenaran kepada apa yang saya bayangkan itu.

Tidak ada masalah kalau Ibrahim bekerjasama dengan Pas. Itu adalah pilihan terbaik buatnya apabila pintu untuk dia memasuki Umno terkunci rapat. Tetapi apakah Pas boleh menerima begitu sahaja apa yang dijanjikan?

Saya tidak ingin memberi ingatan kepada Pas agar waspada kepada Ibrahim Ali. Itu bukan hak saya. Cuma selepas ini saya akan cuba membuat ulasan apakah implikasi dan natijah daripada kerjasama parti agama itu dengan Ngo yang saya juga pernah terlibat dengan penubuhannya itu. [wm.kl.7:33 pm 13/10/15]

PKR BEBAL, PAS DAH SERIK KENA KENCING!!!

SEMUT HITAM
PKR BEBAL, PAS DAH SERIK KENA KENCING!!!
Nampak gayanya, kebebalan puak - puak dari Parti Keluarga Rosak tu dah semakin parah dan bertambah kronik. Memang dah tak de ubat dah yang dapat menyembuhkan penyakit diorang tu.

Kalau semalam, puak - puak DAPigs tu dengan mudahnya meludah keputusan yang telah dibuat oleh PKR berhubung kedudukan PAS yang dijemput untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu.

Hakikatnya, semua orang pun tau. Punca keretakan Pakatan Haramjadah tu sebelum ini adalah disebabkan kesombongan dikalangan puak - puak DAPigs yang berlagak macam 'Abang Besar'.

Dan dek kerana kesombongan puak - puak DAPigs tu juga la yang menyebabkan Presiden PKR didakwa 'Terpaksa' buat pengumuman mengenai Pakatan Haprak Baru tu secara terburu - buru.

Umum juga mengetahui bahawa pengumuman tersebut dibuat pun adalah disebabkan desakan dan tekanan yang diberikan oleh puak - puak DAPigs untuk menyinggirkan PAS dari Pakatan.

Jadi, tak heran la kalau keputusan yang dibuat oleh PKR yang tetap bertegas mahu menjemput PAS menyertai Pakatan Haprak Baru tu ditolak secara terbuka oleh puak - puak DAPigs.


Kali ini giliran puak - puak PAS tu pulak menafikan jemputan yang telah dibuat oleh PKR dengan alasan parti itu sudah serik menjalinkan kerjasama dan sering kali dikhianati oleh DAPigs.

Pucuk pimpinan PAS Pusat dalam satu kenyataan yang disiarkan baru - baru ini tetap menegaskan pendirian bahawa parti itu tidak akan menjadi sebahagian dari Pakatan Haprak Baru.
"Bagi PAS dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena. Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP 'serang' PAS selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik.


"PAS pun ada dasar yang diperjuangkan. Kalau dasar yang kita perjuangkan pun kita tidak boleh hendak buat, jadi PAS tidak mungkin korbankan prinsip dan dasar parti," jelas kenyataan tersebut.
Nah! Sekarang sudah jelas dan terbukti bahawa PAS tetap enggan menyertai Pakatan Haprak Baru tu kerana mereka dah serik kena kencing dengan puak - puak DAPigs. Jadi, tak payah la puak - puak PKR tu nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal!!!

[PULAK DAH] AG sahkan Khairuddin, Chang tak didakwa ikut Sosma

CELAH GELEGAR
[PULAK DAH] AG sahkan Khairuddin, Chang tak didakwa ikut Sosma

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan bahawa bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Katanya, di sebalik banyak kenyataan yang mengelirukan, Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas saja.
"Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa Sosma adalah undang-undang prosedur yang menyediakan langkah-langkah khas untuk membantu siasatan bagi pendakwaan 'kesalahan keselamatan'.
"Definisi 'kesalahan keselamatan' adalah jelas menunjukkan bahawa Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas," kata Apandi dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau merujuk kepada takrif "kesalahan keselamatan" yang disenaraikan dalam Sosma.
Apandi juga merujuk kepada kenyataan bersama yang dibuat oleh beberapa pemimpin veteran BN semalam.
Mereka termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat dan Tun Dr Ling Liong Sik.
Mereka membidas tangkapan terhadap Khairuddin dan Chang mengikut Sosma dan juga pertuduhan yang dikenakan. -MK

NURUL IZZAH KELIRU DAN MENGELIRUKAN!!!

SEMUT HITAM
NURUL IZZAH KELIRU DAN MENGELIRUKAN!!!
Aduhai!!! Apa la nak jadi dengan anak kepada Si Ketua Penipu ni ek. Tak cukup lagi ke dia selama hari ini hidup dalam kekeliruan sampai tahap dia nak mengelirukan orang lain pulak?

Entah kenapa Si Nurul Izzah tu tiba - tiba hari ini meroyan tak tentu arah dan memberikan peringatan kepada pihak Kerajaan agar tidak mengambil tindakan melulu mengenai isu TPPA.

Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Si Nurul Izzah tu mendakwa Kabinet Kerajaan Malaysia tidak boleh diberikan kepercayaan untuk membuat keputusan berhubung isu TPPA tu.

Nurul Izzah juga mendakwa, hak untuk membuat keputusan itu mesti diberi kepada Ahli-Ahli Parlimen yang terdiri daripada parti pembangkang walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembagaan.
“Kabinet tidak boleh dipercayai bulat-bulat dengan tanggung jawab ini yang akan memberikan kesan kepada masa depan rakyat Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Apa masalah pulak dengan Si Nurul Izzah ni? Bengap sangat ke Si Nurul Izzah tu sampai dia tak boleh membaca kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa 6 hari lepas?

Bukan ke Tok Pa dah menegaskan bahawa perjanjian mengenai isu TPPA tu tetap akan dibentang dan dibincangkan didalam Parlimen sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil?
PUTRAJAYA: Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap pada satu sidang media mengenai TPPA di sini, hari ini, beliau menegaskan biarpun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, namun Malaysia sebaliknya masih belum menandatangani perjanjian berkenaan. Malah, katanya, dokumen teks TPP itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini. 

"(Dokumen) TPP itu perlu dibentangkan dan dibahaskan terlebih dulu untuk diluluskan. Ini adalah proses lazim di semua negara terbabit," katanya.
Nah! Nampak sangat la yang Si Nurul Izzah tu sengaja je keluarkan kenyataan sedemikian untuk memburukkan pihak Kerajaan dan cuba nak mengelirukan rakyat berhubung isu tersebut.

Kot ye pun Si Nurul Izzah tu dah jadi bengap sejak bergelar Mak Janda ni, tapi tolong la. Jangan tunjuk sangat bengap tu kepada rakyat secara umum. Simpan bengap tu untuk hari tua esok kalau tak nak kemaluan sendiri terdedah dikhalayak ramai!!!

FB Datuk Jamal Sokong Kenaikan Kadar Tol Jadi Viral, Untuk Kurangkan Kesesakan Lalulintas

CELAH GELEGAR
FB Datuk Jamal Sokong Kenaikan Kadar Tol Jadi Viral, Untuk Kurangkan Kesesakan Lalulintas

SHAH ALAM- ‎"Bukan Facebook saya, itu fitnah," demikian respons ringkas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunos ketika ditanya mengenai kesahihan 'postingnya di Facebookknya' berkenaan isu kenaikan harga tol semalam.

Terdahulu, pagi ini satu keratan kenyataan 'Facebook Jamal' menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Antara petikan kenyataan itu adalah mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya.

"Kenaikan kadar tol berkuatkuasa pada Khamis ini adalah satu langkah untuk kurangkan kadar lalu lintas dan kemalangan jalan raya, jangan cepat melatah dan mendengar tohmahan-tohmahan daripada pembangkang yang terang sengaja burukan kerajaan.

"Selain membayar cukai kepada kerajaan, membayar tol juga adalah satu jihad! Ingat BN ingat kejayaan," petik kenyataan Facebook tersebut.

Sementara itu ketika ditanya adakah itu satu cara orang tertentu untuk menjatuhkannya, Jamal tidak menafikan perkara tersebut.

"Ya betul, itulah cara mereka," katanya kepada Sinar Online.

PANAS! SKANDAL TERBARU AHLI DAPigs DIDEDAHKAN!!!

SEMUT HITAM
PANAS! SKANDAL TERBARU AHLI DAPigs DIDEDAHKAN!!!
Wah!!! Nampak gayanya suhu Politik di Malaysia hari ini semakin panas. Nak pulak yang ada kaitan dengan salah seorang Ahli DAPigs ni. Dengar katanya, sekarang dia dah ada skandal baru.

Dengar katanya Ahli DAPigs tu kini sedang hangat bercinta dan pada ketika ini sedang menikmati percutian bersama dengan kekasih dia di Pulau Lombok, Indonesia secara rahsia.

Mungkin inilah Islam yang nak dibawa oleh puak - puak DAPigs tu kot. Boleh pergi bercuti dengan teman lelaki tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Maklum la, Islam Liberal kata diorang.

Tambah menarik, Ahli DAPigs tu juga sering mempamerkan tingkah laku yang tidak disenangi oleh pelbagai pihak yang hanya mempergunakan dirinya sebagai alat Politik mereka.

Hakikatnya, Ahli DAPigs tu tak sedar bahawa dia hanya sekadar menjadi 'Bimbo' dikalangan puak - puak DAPigs tu dan memaparkan imej yang benar - benar plastik dikhalayak ramai.

Ahli DAPigs itu juga katanya sering kali bertindak kasar terhadap mana - mana pihak yang membuat teguran terhadap tingkah lakunya didalam laman media sosial dengan sindiran sarkastik.

Bahkan, Ahli DAPigs itu juga didakwa suka 'Pilih Bulu' dan berkawan dengan mereka yang ada nama. Perkara itu turut tidak disenangi oleh beberapa orang aktivis dikalangan Pakatan Haramjadah tu.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Ahli DAPigs tu menghadiri mana - mana forum dan selalu dilihat keseorangan. Berkawan pun hanya sekadar untuk mendapatkan Political Mileage.

Selain itu, Ahli DAPigs yang menjadi Ikon kepada parti Ultra Chauvanist tu baru je lepas memutus tali pertunangannya bulan lalu dan mula dilihat rapat dengan teman lelaki barunya itu.

Malah, Ahli DAPigs tu juga katanya telah ditawarkan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang sebagai 'habuan'. Mungkin itu je la nilai harga diri Ahli DAPigs tu agaknya sampai sanggup mengadaikan maruah demi kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!

Berita Menyedihkan Menjelang Pertemuan Malaysia Vs Timor Leste

Kaki Berita Online
Berita Menyedihkan Menjelang Pertemuan Malaysia Vs Timor Leste


Dalam perkembangan terbaru, kapten Harimau Malaya tidak akan beraksi lawan Timor Leste dalam saingan Kelayakan Piala Dunia hari ini.
Astro Arena menerima perkhabaran daripada kem kebangsaan di Dili bahawa pengantungannya oleh pegawai FIFA ekoran dua kad kuning yang dikutip dalam aksi terdahulu.
Pertemuan Timor Leste lawan Malaysia akan disiarkan secara langsung bermula dengan pra rancangan 2.30 petang hari ini hanya di saluran 801.

Sumber : Astro Arena

Get Well Soon!!! Anak Mata Dato' Siti Nurhaliza Hampir TERLUKA Kerana BENDA INI!!! (3 foto)

Kaki Berita Online
Get Well Soon!!! Anak Mata Dato' Siti Nurhaliza Hampir TERLUKA Kerana BENDA INI!!! (3 foto)

Takutnye melihat benda habuk kecil itu. Siapa sangka habuk sekecil itu bisa membuatkan anak mata penyanyi tersohor negara LUKA!!!

Ini adalah status yang dimuatnaik oleh Dato Siti sendiri selepas merasakan agak tidak selesa di dalam kelopak matanya.

Hasil pemeriksaan oleh Doktor pakar, habuk kecil itu berada di bawah kelopak matanya.\
Alhamduillah syukur Mak iti kita tak ape-ape kan?

Apa yang kami dapati ialah, ini kemungkinan daripada kesan jerebu yang teruk melanda negara kita. Selain habuk-habuk kecil yang masuk melalui rongga pernafasan, ia juga dapat mengganggu penglihatan.

Banyak-banyakan berehat and get well soon Dato SIti!!!

Peratusan kenaikan tol yang terlampau

CELAH GELEGAR
Peratusan kenaikan tol yang terlampau
Semalam, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih dengan bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai Ringgit dan penarikan subsidi.
Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuhraya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.
Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik. Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus melipatganda?
Kini, dengan kebanyakan lebuhraya menjadi lebuhraya menggunakan sistem kutipan tol berelektronik, beban rakyat meningkat kerana terpaksa menanggung kos kad TouchNGo dan juga SmartTag.
Dengan kenaikan kadar tol, apa pula faedah yang diberikan kembali kepada rakyat sebagai pelanggan lebuhraya? Tidak. Malah beban bertambah kepada pengguna lebuhraya kerana TouchNGo adalah jenis perniagaan pembayaran awal ‘advance payment’. Bayangkan ratusan ribu diperolehi melalui pembayaran awal ini namun pelanggan tidak memperolehi sebarang manfaat dari sistem tersebut.
Oleh itu, PAS mencadangkan syarikat konsesi tol memberi rebat kepada pelanggan yang terpaksa buat pembayaran awal (advance payment ) melalui sistem pembayaran SmartTag dan TouchNGo.
Sebenarnya syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol. Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar? Tidak.
Kenaikan kadar tol hanya semata-mata mengikut nafsu tamak yang dimeterai di dalam perjanjian konsesi tol yang tempang. Yang lebih menyedihkan ialah fakta bahawa sebenarnya kerajaan sendiri mempunyai banyak saham pegangan di dalam syarikat konsesi ini. Dengan ‘advantage’ sebegini, kerajaan masih memilih untuk tidak memihak kepada rakyat.
Inilah hasil kerajaan BN yang sering mengingatkan rakyat sentiasa didahulukan, terutamanya apabila melihat keputusan mengambil duit daripada rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
13 Oktober 2015

WOW! DAPigs PUN DAH PANDAI 'MAIN BONTOT'???

SEMUT HITAM
WOW! DAPigs PUN DAH PANDAI 'MAIN BONTOT'???
Fuh!!! Makin hebat kemelut dikalangan puak - puak DAPigs ni. Tak cukup setakat isu kontroversi yang melanda jawatankuasa CEC parti tu dengan RoS. Sekarang dah timbul cerita lain pulak.

Jika sebelum ini, kedudukan Jawatankuasa CEC DAPigs tu masih lagi menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat, terutamanya ahli - ahli parti itu sendiri dengan pihak Pendaftar Pertubuhan.

Bahkan Jawatankuasa CEC DAPigs tu juga turut dilihat sebagai sebuah jawatankuasa HARAM yang tidak diiktiraf oleh ahlinya apabila ada dari kalangan mereka membuat laporan kepada RoS.

Isu itu sehingga hari ini masih tidak dapat diselesaikan dan status Jawatankuasa CEC DAPigs tu terus menjadi tanda tanya dikalangan ahli - ahli parti itu sendiri. Pemimpin DAPigs semuanya diam belaka.

Sekarang timbul pulak cerita pasal ADUN dari kalangan DAPigs Johor tu letak jawatan Ketua Pembangkang dalam sidang DUN akibat kecewa kerana tewas dalam pemilihan parti tu sebelum ini.
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr Boo Cheng Hau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuatkuasa serta-merta.

Cheng Hau yang menyandang jawatan itu sejak tahun 2008, berkata beliau membuat keputusan berkenaan kerana terdapat kempen dalam kalangan kepemimpinan DAP Johor ketika ini untuk memburukkan namanya.

"Bukan sahaja segelintir pemimpin ini memburukkan nama saya, malah mereka juga melemparkan pelbagai fitnah dan sering mengenepikan saya daripada sebarang aktiviti parti di peringkat Johor.

"Kumpulan ini sudah melupakan sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada mereka selama ini ketika saya memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP Johor selama sembilan tahun dari 2005," katanya pada sidang media di Pusat Komuniti Kawasan DUN Skudai di sini.
Nah! Korang bayangkan. Dikalangan diorang sendiri pun ada juga yang main cantas mencantas ni. Bukan la hanya dikalangan pemimpin UMNO atau pun PKR mahu pun PAS je yang buat kerja Haramjadah tu.

Rupanya, DAPigs yang seringkali mendabik dada mengatakan bahawa parti itu mempunyai nilai Integriti yang tinggi dikalangan ahli - ahlinya pun sama jugak!!! Hakikatnya, kalau dah Rakus nak pegang kuasa tu, diorang bukan kira. Sedara sendiri pun diorang langgar!!!

[RAKYAT DITOLAK KEDINDING] Kadar tambang LRT, Monorel dan bas Rapid baru sedang disemak semula - Prasarana

CELAH GELEGAR
[RAKYAT DITOLAK KEDINDING] Kadar tambang LRT, Monorel dan bas Rapid baru sedang disemak semula - Prasarana

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dijangka mengumumkan kadar tambang baru bagi perkhidmatan LRT, Monorel serta Bas Rapid pada minggu hadapan.

Presidennya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana ketika ini dalam proses menyemak semula kadar tambang baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Menurut Azmi, semakan semula yang turut membabitkan perbincangan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak bermaksud kadar tambang baru akan meningkat secara langsung.

"Kadar tambang yang disemak semula masih belum diumumkan dan ia bukan peningkatan (tambang) secara langsung.

"Kita perlu tunggu pada masanya apabila kami umumkan bersama SPAD yang merupakan pihak berkuasa dalam hal kadar tambang.| kata Azmi pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar di bawah Program Hak Penamaan Stesen Prasarana di ibu negara pada Isnin.

Sementara itu, Prasarana mensasarkan peningkatan penumpang sehingga 1 juta setiap hari menjelang pertengahan bulan November tahun ini.
Ia menurut Azmi  sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030.

PATUT LA UMNO MUDAH LINGKUP!!!

SEMUT HITAM
PATUT LA UMNO MUDAH LINGKUP!!!
Heh! Tak pelik la kalau orang kata UMNO ni senang sangat nak kena bungkus. Perkara tu jika kita lihat dari satu sudut memang tidak dapat dinafikan walau macam mana cara sekali pun.

Dikala parti - parti pembangkang sedang hangat berantakan diantara satu dengan yang lain, nampak gayanya UMNO lebih suka berpolemik sesama mereka dengan tindakan yang bukan - bukan.

Kepimpinan UMNO sama ada yang menyokong Presiden atau yang menyokong Mantan Presiden dilihat lebih gemar menembak kaki sendiri. Mungkin cara itu yang terbaik buat UMNO pada ketika ini.

Mungkin dengan cara itu la UMNO boleh dapat kembali sokongan rakyat dengan memaparkan kemelut dalaman parti dan usaha untuk menjatuhkan pemimpin dikongsi secara terbuka.

Terdetik juga dalam hati, apa faedahnya UMNO buat kerja Haramjadah tu? Apa manfaat yang dapat diperolehi dengan melaga - lagakan sesama pemimpin diantara satu dengan yang lain?

Adakah hanya dengan cara itu sahaja UMNO mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan meraih sokongan dua pertiga didalam Parlimen bagi Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Persoalan lebih penting yang perlu difikirkan, dimana letaknya integriti mereka yang sepatutnya menjaga parti itu sendiri? Adakah perkara seperti itu boleh dianggap sebagai satu permainan?

Dan yang lebih menghairankan kita, bagaimana mungkin seorang ahli atau pemimpin UMNO yang mempunyai moral tinggi mudah sangat terperdaya melalui sumber yang separa mentah?

Jika dilihat dari sudut mana sekali pun, tujuan sumber tersebut bukan sahaja nak memburukkan imej pemimpin tertentu. Tetapi memburukkan integriti kepimpinan UMNO tu sendiri.

Pokok pangkalnya, yang menjahanamkan UMNO sekarang ni bukannya orang lain. Tapi mereka yang duduk diatas tu jugak. Yang sakit dan terpaksa menanggung beban, orang dibawah. Ada diorang kat atas tu peduli dengan orang dibawah? Korang fikir la sendiri!!!

Setelah Ronaldinho Kini Giliran Drogba Pula Diintai Pasukan Dari Liga Malaysia

Kaki Berita Online
Setelah Ronaldinho Kini Giliran Drogba Pula Diintai Pasukan Dari Liga Malaysia


Dikhabarkan Drogba diintai pasukan utara Perak FA


Shahbudin Husin: Setelah MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN Duduk Semeja, BERAPA LAMA HAYAT NAJIB LAGI?

CELAH GELEGAR
Shahbudin Husin: Setelah MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN Duduk Semeja, BERAPA LAMA HAYAT NAJIB LAGI?
 
Berikut adalah tulisan Shahbudin Husin:
 
Politik Malaysia mencatat satu lagi peristiwa menarik hari ini apabila Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang bermusuhan sejak hampir 30 tahun dulu akhirnya duduk semeja di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Turut bersama mereka ialah Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 28 Julai lalu. Sanusi Junid dan Ong Tee Keat juga turut hadir, cuma Dr Ling Liong Sik tidak dapat bersama kerana ada urusan di luar negara.

Sekali imbas, terlihat seolah-olah isu 1MDB dan undang-undang Sosma telah menyatukan mereka bukan saja untuk duduk semeja, bahkan nampak akrab sehati sejiwa.

Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh atau Ku Li secara rasminya bermusuh apabila bertembung untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987. Ia kemudian membawa kepada pengharaman UMNO  pada 1988 di mana selepas itu Tun Mahathir menubuhkan UMNO Baru, manakala Ku Li berjuang melalui Semangat 46.

Walaupun Ku Li sedia membubarkan Semangat 46 pada 1996 untuk menyertai UMNO secara beramai-ramai, kedua-duanya tidak pernah duduk semeja dalam isu-isu yang melibatkan negara  mahupun UMNO kemudiannya seperti kes pemecatan Anwar Ibrahim ataupun ketika berlakunya gelombang menjatuhkan Tun Abdullah Badawi.

Kalau pun ada Tun Mahathir dan Ku Li duduk semeja hanyalah ketika dua tiga kali bekas Perdana Menteri itu berkunjung untuk berbuka puasa di kediaman bekas Menteri Kewangan itu di Jalan Langgak Golf, tidak jauh dari KLCC.

Dalam masa yang sama, kedua-dua negarawan itu  tidak pernah pula berbalah atau berbeza pendapat secara terbuka, baik melalui media ataupun di mana-mana forum yang lain.

Pendeknya, hubungan mereka ialah bergaduh tidak, baik sangat pun tidak juga. Namun, kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain dan jika terserempak pula selalu bergurau senda dan saling ketawa.

Tetapi hari ini Tun Mahathir dan Ku Li telah duduk semeja dan kemudian mengeluarkan kenyataan bersama dengan lima pemimpin lain iaitu Muhyiddin, Shafie, Dr Ling Liong Sik, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang dibawah Sosma kerana membuat laporan berkaitan kemelut 1MDB di luar negara.

Apakah Tun Mahathir dan Ku Li sedia duduk semeja semata-mata kerana Sosma sahaja? Apakah ada perbincangan lain lagi selain Sosma?

Apakah pula perancangan mereka selepas ini? Ditambah dengan adanya Muhyiddin dan Shafie yang baru dipecat oleh Najib dan duduk sekali dengan mereka, manakala Tun Mahathir pula diketahui konsisten mahu menyingkirkan Perdana Menteri, episod seterusnya tentu saja tidak lari daripada topik kerusi yang sedang diduduki Najib sekarang ini.

Duduknya semeja Tun Mahathir dan Ku Li hari ini sebenarnya adalah  hasil beberapa kali pertemuan antara keduanya sebelum ini. Mungkin ada yang mengetahui tentang pertemuan itu dan mungkin juga ada yang tidak menyedarinya, tetapi Tun Mahathir dan Ku Li tidak pernah berbicara secara terbuka tentangnya.

Pada hakikatnya, Sosma hanya titik permulaan kepada gerakan yang lebih besar oleh Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib kerana didakwa melakukan banyak kerosakan kepada parti dan negara serta lebih memungkinkan BN kalah dalam pilihanraya.

Peristiwa hari ini adalah mesej kepada Najib bahawa gandingan semua pemimpin yang berkumpul ini akan lebih kerap bersama selepas in dan program jelajah Tun Mahathir ke seluruh negara, jika berlaku,  tidak lagi hanya beliau seorang saja yang menyerang Najib.
Muhyiddin yang sekembalinya dari Sarajevo baru-baru ini dan mengatakan tidak akan bersama Tun Mahathir dalam gerakan menyingkirkan Najib, nyata telah berubah pendiriannya. Beliau nampaknya tidak mahu lagi menjadi kura-kura dan sedia menjadi lebih lantang.

Berkumpulnya mereka hari ini tidak lain ialah untuk meneruskan tekanan dan seterusnya menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia bukan semata-mata Sosma yang dikeluarkan kenyataan bersama.

Sediakah Najib menghadapinya? Mungkinkah beliau akan memecat mereka daripada UMNO atau mensosmakan semua penentangnya nanti?

Bagaimana pula dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat jika tindakan itu diambil? Bersediakah Najib mendepaninya?

Jika semua itu berlaku, mampukah Najib terus bertahan atau kedudukannya jadi makin mereput?

Atau mungkinkah akan berdetik di hati Najib untuk mengundurkan diri demi UMNO dan negara kerana mula menyedari itulah jalan penyelesaian terbaik menamatkan kemelut yang memang berpunca daripadanya?

Oppsss....jangan lupa sidang Parlimen akan bermula pada 19 Oktober ini. Walaupun Ku Li menyatakan usul tidak percaya di Parlimen tidak mungkin berjaya kerana Speaker tidak akan membenarkannya, namun beliau juga memberitahu ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, tetapi enggan memberitahunya.

Jika tidak, mengapa pemilihan detik bersejarah bertautnya dua pemimpin yang pernah bermusuh ini hanya seminggu saja sebelum sidang Parlimen bermula?

Dan ia juga berlaku selepas Majlis Raja-Raja bertindak di luar kebiasaan dengan mengeluarkan kenyataan mahukan siasatan 1MDB segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan.

Siapa pula bakal Perdana Menteri baru menggantikan Najib nanti? Ku Li? Muhyiddin? 

Atau Ku Li jadi Perdana Menteri sehingga PRU 14 dan selepas kemenangan selesa BN, jawatan itu akan diserahkan kepada Muhyiddin pula menggantikannya?

Episod seterusnya pasti lebih ditunggu-tunggu, tapi dalam masa yang sama tentunya Najib semakin tidak lena lelap malamnya. (SH 12/10/2015)

Ketua Polis Negara : Filipina SAHKAN Tiada bangkai pesawat MH370 di selatan Filipina

CELAH GELEGAR
Ketua Polis Negara : Filipina SAHKAN Tiada bangkai pesawat MH370 di selatan Filipina
 
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 dijumpai di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 dijumpai di negara itu.

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang,"
katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas.

(KENAIKAN TOL)(RAKYAT KECEWA) PPIM: Tangguhkan Kenaikan, Rakyat Tertekan

CELAH GELEGAR
(KENAIKAN TOL)(RAKYAT KECEWA) PPIM: Tangguhkan Kenaikan, Rakyat Tertekan

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sementara kenaikan kadar tol di sembilan lebuh raya serta mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kadar tol itu perlu ditangguhkan kerana keadaan sekarang, sangat tidak sesuai berikutan pengguna baru berdepan kenaikan harga petrol.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, menurutnya walau sekecil manapun kenaikan, memberi kesan psikologi cukup besar kepada pengguna selain tidak menolak kemungkinan ia boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barang keperluan.

"Sudah semestinya berita itu tidak menggembirakan terutamanya kepada mereka yang terpaksa menggunakan laluan tol untuk ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata kerajaan perlu mengkaji justifikasi kenaikan itu kerana ia tidak menjamin lebuh raya diselenggara dengan baik dan tidak berlaku kesesakan.

"Kita harap ia dapat ditangguhkan kerana kenaikan harga petrol serta kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini, sudah cukup memberi cabaran kepada pengguna bukan sahaja yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan," katanya.

Setakat 7 malam, sembilan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini. Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART). Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), manakala kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian PLUS kekal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajudin Mohamad Yunus berkata, pihaknya kesal dengan kenaikan kadar tol itu memandangkan lebih banyak kos bakal ditanggung pengusaha bas.

"Saya kecewa kerana kenaikan itu makin menyusahkan pengusaha bas dan seolah-olah tidak mahu membantu kami meningkatkan pendapatan pengusaha bas Bumiputera," katanya.

Tajudin turut kesal kerana sebelum ini, pihaknya pernah memohon menaikkan tambang bas namun tiada perubahan harga tambang dilakukan.

"Bagaimana nak bantu pengusaha bas kalau semua kos naik?

Kami harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin apatah lagi, kini bilangan pengusaha bas Bumiputera kian berkurangan," katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berkata, pengusaha teksi dilihat tidak terjejas dengan kenaikan itu, sebaliknya akan membebankan penumpang kerana tol dibayar oleh mereka.

Beliau berkata situasi itu tidak mengurangkan bilangan penumpang teksi kerana kenaikan kadar tol untuk teksi tidak terlalu tinggi. Kenaikan kadar tol untuk teksi adalah antara 20 dan 50 sen. - BERNAMA

MUDAH JE DAPigs LUDAH MUKA PKR!!!

SEMUT HITAM
MUDAH JE DAPigs LUDAH MUKA PKR!!!
Hahaha!!! Kan kita dah cakap. Puak - puak Parti Keluarga Rosak tu tak payah berangan la nak jadi 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak Baru tu. Diorang takkan mampu nak lawan dengan DAPigs.

Hakikatnya, semua orang pun dah dapat menduga jawapan yang akan dikeluarkan oleh puak - puak DAPigs tu terhadap keputusan yang diumumkan oleh puak - puak PKR semalam.

Semua orang pun tahu pendirian PAS dan juga DAPigs yang tetap enggan berkerjasama diantara satu sama lain itulah yang menyebabkan Pakatan Haramjadah tu berkubur sebelum ini.

Jadi, bagaimana mungkin puak - puak PKR tu boleh buat keputusan untuk membuka ruang kepada PAS agar kembali menyertai Pakatan Haprak Baru yang turut dianggotai oleh DAPigs tu?


Walhal puak - puak DAPigs tu juga yang sebelum ini telah melemparkan pelbagai tuduhan serta membuat dakwaan buruk terhadap PAS serta melabelkan parti itu sebagai 'Pengkhianat'.

Persepsi itu kini sudah semakin menular dikalangan rakyat, terutamanya bagi pemimpin - pemimpin DAPigs sendiri sehingga menyebabkan mereka berasa sangsi dengan kesetiaan PAS.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan DAPigs mula mempersoalkan sama ada PAS boleh dipercayai atau tidak sekiranya mereka diberi kebenaran untuk sertai Pakatan baru tu.
Bolehkah Pakatan Harapan mempercayai Pas di mana PKR sekarang membuka kembali pintu untuk Pas menyertai gabungan itu? Itu persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen DAP-Klang, Charles Santiago berhubung keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk membuka semula pintu Pakatan Harapan kepada Pas. Bagaimana boleh mempercayai Pas sebagai rakan kongsi yang sebelum ini dilihat tiada komitmen yang diberikan terhadap Pakatan Rakyat. 
“Ini adalah soalan yang Azmin perlu jawab, bolehkah beliau menjamin Pas boleh dipercayai dan apakah asas jaminannya?” soalnya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Nah! Sekarang Si Azmin tu pulak dibebani dengan persoalan yang dibangkitkan oleh puak - puak DAPigs. Mampu tak dia nak berikan jawapan terhadap persoalan tersebut? Atau dia hanya sekadar buat keputusan semalam demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mula Bertugas Esok, Akan Jumpa Zeti dan Ketua-ketua Pasukan Penyiasat Khas 1MDB

CELAH GELEGAR
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mula Bertugas Esok, Akan Jumpa Zeti dan Ketua-ketua Pasukan Penyiasat Khas 1MDB

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mahu berjumpa dengan ketua-ketua agensi yang membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

"Saya tidak kisah jika mesyuarat diadakan dan saya mahu berjumpa dengan ketua-ketua badan petugas khas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Peguanm Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa badan petugas khas itu tidak pernah dibubar atau dihapuskan.

Abu Kassim bagaimanapun tidak menyatakan bila rancangannya untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bercakap kepada wartawan di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, katanya, beliau akan memulakan kerjanya esok.

"Saya akan mula kerja dan tangani perkara-perkara penting,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Beliau juga memaklumkan dirinya akan bercuti selama seminggu minggu depan.

Abu Kassim, yang lama tidak beraksi sejak menjalani pembedahan untuk membuang pertumbuhan di tulang belakang pada 7 Ogos, berkata beliau tidak akan bekerja sepenuh masa untuk seketika.

"Sama seperti permainan bola sepak. Saya tidak boleh bermain sepenuh masa, hanya separuh masa," katanya secara berseloroh.

Menurut Abu Kassim, beliau memerlukan tempoh sebulan sebelum ia boleh bekerja sepenuh masa.

Bagaimanapun, beliau kelihatan lebih sihat hari ini berbanding penampilan awam terakhirnya pada 1 Oktober, apabila memerlukan tongkat, dan tidak boleh berdiri cukup lama untuk membaca ucapannya.

SIDANG MEDIA DILABEL 'TERDESAK' DAN 'KECEWA'!!!

SEMUT HITAM
SIDANG MEDIA DILABEL 'TERDESAK' DAN 'KECEWA'!!!
Ekoran sidang media tergempar yang diketuai oleh Tun Mahathir hari ini, ternyata banyak persepsi diterima dari kalangan rakyat khususnya pengguna - pengguna di laman media sosial.

Malah pelbagai spekulasi positif dan negatif diterima dari kalangan mereka yang memberikan pandangan terhadap sidang media yang turut dibarisi kepimpinan UMNO itu tengahari tadi.

Ada yang mendakwa tindakan mereka yang terlibat dalam sidang media itu dilihat sebagai agenda 'terdesak' mahu menjatuhkan Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri pada ketika ini.

Tak kurang juga yang menyifatkan tindakan mereka sebagai satu retaliasi terhadap kekecewaan sesetengah pihak yang tidak mendapat kuasa dan digugurkan dari jawatan masing - masing.

Bahkan, ada juga dikalangan pengguna media sosial yang mendakwa, sidang media tersebut diadakan bagi membela kroni untuk mengelakkan mereka yang terlibat dari membocorkan rahsia.

Selain itu, rata - rata pengamal media sosial juga turut memberikan pandangan negatif terhadap kepimpinan UMNO yang terlibat dan melabelkan mereka sebagai 'Pengkhianat' parti.

Disatu pihak pulak, ramai juga yang menyatakan bahawa tindakan Tun mengetuai sidang media tersebut sebagai satu langkah Berani demi menegakkan kebenaran disebalik isu 1MDB.

Ada juga yang memuji tindakan pemimpin - pemimpin UMNO yang terlibat yang dilihat berani tampil ke hadapan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Kerajaan pada ketika ini.

Pokok pangkalnya, sidang media yang diadakan pada tengahari tadi wajar dianggap sebagai 'Serangan Terakhir' dari pihak Tun Mahathir terhadap kepimpinan Kerajaan yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri.

Dan kesimpulan mudahnya, takde satu pun pandangan atau persepsi yang dibuat dan diberikan mampu untuk mengukuhkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO. 

Dalam erti kata lainnya, tak kira la sama ada mereka menyokong Tun atau pun Perdana Menteri. Dua - dua pihak hanya sekadar merosakkan UMNO. Jadi, siap sedia la untuk terima kepimpinan Pakatan Haramjadah yang dikelapai oleh DAPigs tu tak lama lagi!!!

Timb Ketua Pesuruhjaya: ‘SPRM perlu semangat kepahlawanan siasat orang paling berkuasa’

CELAH GELEGAR
Timb Ketua Pesuruhjaya: ‘SPRM perlu semangat kepahlawanan siasat orang paling berkuasa’

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar mengakui agensi itu menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat yang dilalui sekarang bagi berhadapan dengan siasatan yang membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.
"Kebetulan saya bakal bersara, SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar.
“Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.
"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya tanpa menamakan individu berkenaan.
Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, Zakaria berkata cabaran itu akan menentukan sejauh mana keberkecualian dan profesional anggota suruhanjaya itu di mata rakyat.
SPRM sedang menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya.

Gabenor Bank Negara DISERANG, Najib Terus Sunyi

CELAH GELEGAR
Gabenor Bank Negara DISERANG, Najib Terus Sunyi

Kesunyian PM Yang Memekakkan

Selepas pemecatan mengejutkan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah diserang blog-blog misteri.

Apakah keberanian Bank Negara Malaysia untuk bertindak membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) terhadap pelaburan di luar negeri bernilai US$1.83 bilion (RM7.52 bilion) sejurus Pejabat Peguam Negara mendapati pegawai-pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak membuat sebarang kenyataan palsu akan memghidupkan kembali serangan terhadap Tan Sri Zeti?

Tanda-tanda serangan terhadap Tan Sri Zeti sudah kelihatan seperti yang disiarkan laman pro-Umno MyKMU.net – terutamanya tajuk sebuah artikel berbunyi “Perilaku Gabenor Bank Negara Berbahaya Kepada Ekonomi Negara”.

Namun, serangan terhadap Tan Sri Zeti tidak setajam blog-blog misteri sebelum ini. Ini barangkali hasil daripada teguran Majlis Raja-Raja terhadap 1MDB yang menuntut agar masalah 1MDB diselesaikan secepat mungkin. PAS tidak menolak bahawa kemungkinan Tan Sri Zeti sudah diserang habis-habisan sekiranya tiada saranan Majlis Raja-Raja yang menggesa isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

Selain memerhati gerak-geri serangan yang bakal dihadapi Tan Sri Zeti, kesunyian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan Bank Negara Malaysia dan saranan Majlis Raja-Raja terus mencetuskan tanda tanya dan memperkuatkan persepsi terhadap sikap tidak bertanggungjawab PM terhadap 1MDB.

Sebagai penghormatan, sepatutnya PM boleh membalas kepada Majlis Raja-Raja bahawa beliau sudah berjanji depan Umno dan rakyat pada 14 Jun 2015 bahawa masalah 1MDB akan selesai dalam 6 bulan. Dan jika dikira dari hari beliau berjanji, masalah 1MDB akan selesai dalam dua bulan lagi. PM juga boleh berjanji beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia dan memberi kuasa sepenuhnya kepada Pejabat Peguam Negara melakukan dakwaan mengikut saranan agensi siasatan yang terlibat dalam menyiasat 1MDB.

Dan sekiranya masalah 1MDB masih juga tidak selesai dalam masa dua bulan akan datang, PM boleh berjanji untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan atau Penasihat 1MDB umpamanya.

Itu sikap bertanggungjawab yang sepatutnya dilakukan PM dan bukan dengan terus bersunyi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
12 Oktober 2015

Kategori

Kategori